Saturday 26 August 2017

Filled Under:

VIDEO: " AKU CERAIKAN KAU ESOK " . Terlerai Segala Jawapan Selama ni. Harap Lepas ni. Rakyat Malaysia Tolong Jangan FITNAH lagi Lepas tengok VIDEO ini !!

    Apakah sebenarnya status pernikahan penyanyi Hafiz Hamidun dengan usahawan kosmetik Siti Arifah Amin atau lebih dikenali dengan nama Joy Revfa di media sosial sah atau tidak?

    Persoalan ini berlegar di fikiran ramai orang. Walaupun ada yang mungkin sudah merasa jelak dengan berita mengenai kes ini, ia sebenarnya satu kes yang patut menjadi rujukan, terutamanya dalam bab munakahat, dan apa yang terjadi jika kita mengambil ringan urusan dokumentasi nikah dan cerai.

    Negara kita telah memperkenalkan peraturan-peraturan untuk individu melangsungkan perkahwinan. Ia mempunyai sebab yang konkrit iaitu untuk memudahkan individu menuntut hak-hak di kemudian hari serta menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.
    Di negara ini, setiap perkahwinan perlu mendapat kelulusan pejabat agama dan perlu didokumentasikan. Prosesnya agak rumit namun ia bertujuan untuk memudahkan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kemudian hari. Peraturan negara ini menetapkan pasangan yang ingin berkahwin mendapatkan kebenaran dari daerah asal mereka.
    Ada yang mengabaikan peraturan-peraturan ini dengan melangsungkan perkahwinan di luar negara. Mereka yang berbuat begini perlu mendaftarkan perkahwinan dan membayar denda berkaitan kemudiannya kerana bernikah di luar negara tanpa kebenaran.
    Namun begitu, pasangan Mohd Rayos Abdul Rahim dan Siti Arifah Amin tidak mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia setelah melangsungkan pernikahan tanpa kebenaran di luar negara iaitu Songkhla, Thailand. Pernikahan yang berlangsung pada 11 Januari 2013 disahkan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Nasir Awang sehari selepas keduanya diijabkabulkan.
    Bagaimanapun, pasangan ini mendakwa telah bercerai melalui kiriman teks di aplikasi WhatsApp oleh Mohd Rayos kepada Siti Arifah pada 13 Januari 2015. Ia kemudian dihebahkan di media sosial masing-masing tanpa merujuk kepada pakar di pejabat agama dan tidak didaftarkan di wilayah mereka bernikah iaitu Songkhla.
    Ketika ingin berkahwin dengan Siti Arifah yang menghebahkan statusnya sebagai seorang ibu tunggal di media sosial, Hafiz telah meminta surat perakuan cerai rasmi Siti Arifah dengan suami terdahulu dari Songkhla sebelum hari pernikahan mereka.
    Siti Arfah mendakwa ada surat perakuan cerai itu tetapi ia akan dikemukakan kepada pejabat agama selepas melangsungkan pernikahan dengan Hafiz. Ini hanya diberitahu kepada Hafiz pada saat-saat akhir dan tarikh pernikahan sudah terlalu hampir.
    Seperti yang diperkatakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim, pihaknya membenarkan pernikahan dilangsungkan dengan niat baik untuk mempermudahkan pernikahan pasangan ini, memandangkan Siti Arifah mengatakan dokumen itu wujud dan ini disokong oleh surat pengakuan yang ditaip oleh Mohd Rayos. bahawa dia telah menceraikan Siti Arifah pada 2015.
    Bagaimanapun, setelah bernikah, Siti Arifah gagal memberikan surat cerai tersebut kepada Hafiz. Seperti yang katakan oleh Hafiz pda sidang media di pejabatnya pada 22 Ogos:
    Setiap kali saya meminta surat perakuan cerai, Siti Arifah sentiasa memberi alasan.
    Portal My Nation News (MNN) dalam satu laporan bagaimanapun, memberitahu bahawa mesej yang diterima Siti Arifah pada 13 Januari 2015 bukan lafaz cerai sebaliknya hanya ditulis ‘Aku akan ceraikan kau esok’.
    MNN menulis:
    Sejak tarikh itu, tiada usaha dikatakan dibuat Mohd Rayos yang juga bekas kerani untuk sebuah stesen televisyen swasta untuk mendaftarkan perceraiannya atau melafazkan talak sehinggalah satu permohonan cerai taklik dibuat Siti Arifah pada 1 Jun 2017 iaitu hampir dua bulan selepas bernikah dengan Hafiz.
    Ia mengakibatkan Siti Arifah bagai digantung tak bertali oleh Mohd Rayos sejak Januari 2015.
    Berikutan ketidakhadiran Mohd Rayos sebagaimana dinyatakan di surat permohonan taklik Siti Arifah, Majlis Agama Islam Songkhla telah memutuskan jatuh satu talak ke atas wanita itu.
    Ini disebalik tempoh lebih sebulan diberikan pejabat agama itu kepada Mohd Rayos untuk hadir.
    Surat jatuh talak itu kemudian dikeluarkan pada 13 Julai dan pada tarikh sama perceraian antara Mohd Rayos dan Siti Arifah berlaku.
    Ditanya mengenai keputusan untuk meneruskan pernikahan antara Hafiz dan Siti Arifah pada 1 Mei, disebalik status wanita itu, sumber-sumber itu berkata pihak perempuan turut membawa wali bagi mengesahkan statusnya yang didakwa sudah bercerai.
    Wanita itu turut mendakwa dokumen perceraian masih lagi dalam proses walhal ia hanya dibuat pada 1 Jun 2017 apabila Hafiz ditemani kakitangannya, membawa sendiri wanita itu ke Songkhla bagi menguruskan surat cerai berkenaan.
    “Perlu difahami pernikahan itu diluluskan dengan bersyarat iaitu pihak perempuan perlu mengemukakan sijil perceraian secepat mungkin. Lagipun tarikh pernikahan terlalu hampir dan segala persiapan untuk majlis sudah siap maka adalah tidak elok jika dibatalkan.
    “Sebab itu, sijil nikah tidak dikeluarkan selaras dengan syarat diberikan iaitu mengemukakan sijil perceraian,” kata sumber-sumber itu lagi.
    Sumber MNN juga mendakwa surat pengakuan dari Mohd Rayos tidak mempunyai tarikh dan bekas suami Siti Arifah mendakwa telah melafazkan talak terhadap wanita itu pada 13 Januari 2015.
    Berikut adalah fakta sebenar melibatkan isu pernikahan penyanyi Hafiz Hamidun dan Siti Arifah:
    • Siti Arifah bernikah dengan Mohd Rayos pada 11 Januari 2013 di Songkhla, Thailand.
    • Pasangan ini tidak pernah mendaftar pernikahan mereka di mana-mana pejabat agama di Malaysia.
    • Mendakwa diceraikan pada 13 Januari 2015.
    • Tiada lafaz sebagaimana didakwa sebaliknya hanya mesej ringkas di aplikasi Whatsapp berbunyi “Aku akan ceraikan kau esok.”
    • Menerima kebenaran bernikah pada 27 April 2017 dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling selepas Siti Arifah mendakwa surat perceraian sedang dalam proses (ia sebenarnya belum diproses kerana tiada permohonan dibuat).
    • Bernikah dengan Hafiz pada 1 Mei iaitu tiga hari selepas kelulusan pernikahan diterima secara bersyarat.
    • Pejabat Agama Islam Daerah Petaling memberi syarat, surat perakuan cerai perlu dikemukakan segera.
    • Siti Arifah mengaku kepada Pejabat Agama Islam Daerah Petaling bekas suami enggan menguruskan perceraian di Songkhla.
    • Hafiz melalui sidang media dua hari lalu, mendedahkan dia terpaksa membawa Siti Arifah ke Songkhla bagi menguruskan permohonan perceraian berikutan keengganan Mohd Rayos menguruskan perceraian.
    • Permohonan taklik dari Siti Arifah dibuat pada 1 Jun 2017.
    • Surat bertarikh 1 Jun 2017 dikeluarkan kepada Mohd Rayos untuk hadir di Pejabat Agama Islam Songkhla pada 6 Julai 2017.
    • Mohd Rayos gagal hadir dan Pejabat Agama Islam Songkhla mengeluarkan surat perakuan cerai berdasarkan permohonan taklik Siti Arifah.
    • Siti Arifah menerima pengesahan bercerai dengan satu talak pada 13 Julai 2017.- MNN
    Selepas menerima sijil cerai itu, PAIP menyiapkan kertas siasatan berkaitan status nikah Hafiz dan Siti Arifah.  Dokumen siasatan ini kemudiannya ingin dibawa oleh Hafiz Hamidun untuk memfailkan permohonan Faraq pada 21 Ogos, bagaimanapun ia ditolak kerana pihak Siti Arifah telah memfailkan permohonan Faraq terlebih dahulu pada 18 Ogos..
    Ini mengejutkan Hafiz kerana menurut Hafiz, Siti Arifah dan keluarganya sudah bersetuju untuk membiarkan Hafiz mengambil tanggungjawab memfailkan permohonan Faraq dan mereka bersetuju ia dilakukan secara tertutup.
    Sebaliknya, Siti Arifah juga telah mengadakan satu sidang media pada 21 Ogos mendakwa ditinggalkan tergantung tidak bertali oleh Hafiz, yang hanya duduk bersamanya selama enam hari dan kemudian meninggalkannya kerana meragui sama ada pernikahan itu sah setelah mereka mengadakan hubungan kelamin.

    Video: mStar Online

    Hafiz membuat penafian dalam sidang media 22 Ogos bahawa dia pernah melakukan hubungan kelamin dengan Siti Arifah kerana dari awal pernikahan terdapat keraguan dalam dirinya mengenai status pernikahan mereka dan dia hanya menunggu surat perakuan cerai rasmi yang dijanjikan Siti Arifah sebelum melakukan tanggungjawab sebagai suami.
    Hafiz Hamidun melalui sidang medianya memberitahu bahawa dia mengasingkan diri dari Siti Arifah untuk mengelakkan dari berlaku perkara tidak diingini memandangkan dia tidak pasti sama ada pernikahan itu sah atau tidak.

    Video: Harian Metro

    Hakim Syarie akan menentukan sama ada pernikahan mereka sah pada 14 September ini semasa sebutan semula kes. –beautifulnara.com




    0 comments:

    Post a Comment