Friday 4 August 2017

Filled Under:

TERBONGKAR : DATO VIDA PASTI MENANGIS LEPAS TAHU SIAPA SEBENARNYA RANI KULUP. Sengaja Disembunyikan.. Ayah Rani Kulup mula tunjuk BELANG !

    Bila disebut ‘kipidap’ sahaja, pasti ramai yang sudah dapat tahu siapakah yang dimaksudkan. Namun sejauh mana anda mengenali beliau?
    Digelar sebagai Ayahanda Rani atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Abdullah, juga dikenali dengan nama ‘kipidap’ dikalangan kanak-kanak.
    Berusia 60 tahun, mula dikenali setelah perkataan keramat ‘kipidap’nya itu menjadi viral dikalangan nitizen masa kini.
    Dan setiap kali perkataan itu diucapkan, pastinya gambaran wajah lelaki ini akan muncul difikiran anda.
    Mungkin ramai yang mahu mengetahui kenapa ‘tagline’ itu dipilih beliau.
    “Asalnya ‘keep it up’. Pada mulanya ayah tengok satu cerita dalam tv, ada sebuah kereta itu akan mengeluarkan bunyi ‘keep it up’, jadi anak ayah pun ikut sebut kipidap… kipidap…”
    “Sedap juga dengarnya, ayah tanya orang apa itu kipidap, lepas itu mereka kata ‘keep it up tu’ maknanya teruskan.. jadi di situlah mula cerita kipidap tu,”katanya.
    Berketerampilan unik dengan berkaca mata hitam, berambut kerinting paras bahu dan beruniform sebagai identitinya tersendiri, ayahanda kipidap tidak kisah jika penampilannya itu dijadikan bahan jenaka dikalangan masyarakat.
    Jelasnya itu sesuatu yang membanggakan, sekurang-kurangnya masyarakat peka dan tahu akan kewujudannya.
    Namun tidak ramai yang tahu pemilihan pakaian seragam yang disematkan Raja Report Malaya ini mempunyai cerita disebaliknya.
    Ayah kipidap yang juga pengerusi Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), merupakan bekas anggota tentera platun khas risik gempur barisan hadapan yang berjuang menentang komunis di zaman darurat 42 tahun yang lalu.
    “Komunis membuat ambush dimana kami telah mengikut jejak mereka pada tanggal 12 Jun 1976 di Gua Musang mengakibatkan pasukan saya, seorang terkorban kerana ditembak di bahagian kepala dan perut, manakala dua yang lagi cedera.
    Melalui pengalaman dalam mempertahankan negara itu, bekas pegawai waran 1 ini masih setia untuk memperjuangkan negara walaupun beliau kini tidak lagi berkhidmat secara langsung seperti dahulu.
    “Pingat-pingat yang saya dapat masa perkhidmatan dan sebagainya, saya kenakan pada pakaian uniform ini,”katanya.
    Sungguh pun tempoh perkhidmatan beliau sebagai tentera telah tamat, namun darah pejuang yang mengalir ditubuhnya tidak terhenti begitu sahaja.
    Mengambil initiatif untuk terus memperjuangkan dan mempertahankan negara dan bangsa, Ayah Rani memilih untuk tampil memainkan peranan dalam membuat laporan polis berdasarkan pemantauan dan penilaian beliau terhadap isu-isu semasa yang dirasakan boleh menggugat perpaduan.
    “Saya buat ‘report’ untuk meredakan keadaan. Apabila saya buat ‘report’ berkenaan hasutan, fitnah, memburuk-burukkan, menghina, dan saya siarkan dalam facebook, mereka yang berasa marah akan jadi lega.
    ko tinggi. Maklumlah kita buat kerja ‘report’ hal orang, mestilah orang marah. Tetapi saya yakin dan percaya apa yang saya buat ini kerana Allah ta’ala,”katanya.
    Memiliki darah pejuang bukan bermakna beliau seorang yang garang kepada keluarganya, sebaliknya Ayahanda Rani Kulop merupakan seorang bapa yang penyayang terhadap anak-anak.
    Hasil perkahwinannya bersama dua orang isteri, Zaleha Talib dan Nor Sharijan Mohammad, beliau kini dikurniakan sembilan orang cahaya mata bersama 12 orang cucu.
    Disebalik muka garang yang terpancar di wajah bekas pejuang ini, tidak ramai yang menyangkan beliau juga merupakan seorang anggota kumpulan muzik tanah air, yang dikenali dengan nama ‘sometimes group’.
    “Kami pernah membuat album pada tahun 2010 dengan lagu-lagu ciptaan saya, lirik pun saya, dan penyanyi pun saya, pemuzik pun saya. Di dalam album yang berjudul ‘Tutup Pintu Tapi Tak Berkunci’ tersebut ada lima buah lagu ciptaan saya yang berkonsepkan irama pop yeh-yeh dan 60-an.
    “Dan sekarang saya ada 10 buah lagu lagi yang akan dialbumkan,”katanya.
    Selesa menggunakan nama ‘Arka’ sebagai nama pentas, kerjayanya sebagai anak seni dalam mewarnai dunia hiburan tidak pernah putus dan untuk abad ini.
    Bakal muncul berduet bersama penyanyi Radhi OAG, ayahanda Rani bakal muncul dengan sebuah lagu yang berjudul ‘kipidap’ tidak lama lagi.





    0 comments:

    Post a Comment