Saturday 19 August 2017

Filled Under:

"CUKUPLAH FITNAH KALAU TAK TAU HAL SEBENAR". Mangsa Tunjuk BUKTI yg Selama ini Disembunyikan !! Harap Rakyat Malaysia Tak Lagi buat Fitnah Lepas Tengok BUKTI ini !!

    KRONOLOGI
    Kronologi kes ini berpunca dari kegagalan orang yang di viralkan sejak sampai di Osaka lagi. Dapur komuniti di Vitti Lodge perlu dibersihkan selepas digunakan seeloknya. Tetapi teguran oleh adik Qaiyum di anggap oleh mereka sebagai “annoying”.
    TERLEPAS PENERBANGAN
    Selepas mereka terlepas penerbangan mereka disebabkan kecuaian sendiri, mereka pulang semula ke lodge malam tersebut. Kemudian apabila di dapati mereka memasak untuk rakan mereka yang tinggal di tempat lain, mereka ditegur lagi oleh Qaiyum.
    PERGADUHAN
    Dari sudut etika perbuatan memasak itu sudah dianggap tak beretika sebab menyalahgunakan dapur Vitti Lodge tersebut. Selepas ditegur mereka mula menyerang Qaiyum sebab tak puas hati. Dan terjadilah seperti di dalam video viral tersebut.
    Dan tahukah korang, selepas berlaku semua tu, Qaiyum masih lagi mendahulukan kos membaikpulih dinding dapur tersebut dari poket beliau sendiri!
    130,000 yen bersamaan lebih kurang RM 5k satu jumlah yang besar bagi seorang pelajar yang tidak dibiayai oleh mana-mana pihak pun.
    Qaiyum juga sangat cemerlang dalam pelajaran bahasa jepun dimana beliau telah naik ke tahap N1 dalam tempoh 3 bulan sahaja! ( permulaan N5 – tahap tertinggi N1)
    Beliau juga pernah membantu satu syarikat travel penipu dari Malaysia sebanyak 180,000 yen sebab kesiankan guest yang telah di tipu syarikat berkenaan dengan pakej pelancongan ke jepun mereka.
    Lebih kurang RM 7,200!! Dan sehingga saat ini, sesen pun duit Qaiyum tidak di bayar. Mungkin ada yang akan kata kenapalah dia masih percayakan orang lagi? Sebab hati dia sangat bersih, hati dia sangat baik, di dunia kita hari ini masih ada lagi orang yang seperti begini.
    Jadi saya minta semua yang membaca tulisan saya ini, lapangkan dada, kita tarik nafas.dan bertenang. Kalau ikutkan hati kita binasa, saya sangat-sangat marah bila Qaiyum bercerita tentang apa yang terjadi kepada beliau.
    Tetapi kemarahan jika tak dibendung, boleh mengakibatkan lagi banyak masalah. Jadi mari kita ambil pengajaran dan semoga kita semua lebih hati-hati dalam setiap perbuatan kita tak kira di Malaysia atau luar negeri supaya benda ini tidak berulang lagi.
    Terima kasih dan assalammualaikum.
    Dipetik dari Dzulhaidy Abdul Rahim
    Gambar ini adalah Muhd abdul qaiyum bersama ema vitti (owner tempat penginapan dimana 3 remaja itu buat hal)




    0 comments:

    Post a Comment