Saturday 15 April 2017

Filled Under:

Kahwin Remaja 13 Tahun Demi Lepas Hukuman R0g0l

    Kahwin Remaja 13 Tahun Demi Lepas Hukuman R0g0l

    Kahwin Remaja 13 Tahun Demi Lepas Hukuman R0g0l|Baru-baru ini kecoh apabila ada satu individu yang mengeluarkan kenyataan menyokong perkahwinan di antara per0g0l dan mangsa r0g0l bawah umur yang dikatakan boleh mengubati masalah sosial.
    Nampaknya, apa yang dikatakan bakal menjadi kenyataan – seperti apa yang berlaku di Kuching, Sarawak ini.

    Menurut sinchew.com, lelaki yang berusia lingkungan 20-an ini telah ditahan atas tuduhan merogol gadis berusia 13 tahun

    Kes ini dilaporkan kepada pihak polis oleh ibu mangsa sendiri setelah mengesyaki akan ketidakstabilan emosi yang berlaku terhadap anaknya itu. Setelah anak gadis tersebut disoal, dia mendapat tahu bahawa anaknya sudah pun mengadakan hubungan intimasi dengan kekasihnya.

    Ibu yang malang itu amat terkejut apabila mengetahui bahawa anak perempuannya juga kini hamil beberapa bulan setelah gadis itu dibawa ke klinik untuk pemeriksaan pada keesokkan harinya. Dengan itu, keluarga gadis ini mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

    Cubaan menahan suspek kali pertama gagal apabila suspek yang dicari tiada di rumahnya. Namun setelah mendapat aduan, suspek yang dikesan berada di sekitar kawasan Kenyalang akhirnya berjaya ditahan.

    Setelah disoal siasat, lelaki itu dengan rela hati mengatakan dia sanggup mengahwini gadis itu asalkan dia tidak didakwa dengan pertuduhan pertuduhan merogol gadis bawah umur.




    0 comments:

    Post a Comment